Social Icons

Pages

#throwback Family Day

Today nak throwback sikit aktiviti aku last October. Family Day untuk Keluarga Hj Sulaiman & Hjh Salha neh di 'organise' oleh kazen aku Kak Shikin. Was held on 24th Oct - 25th oct 2014 kat PD Golf & Country Club. Family Day neh di 'organise' untuk mengumpulkan anak-anak Hj Sulaiman & Hjh Salha yang dah lama tak berkumpul. Maklom la memasing dah ada keluarga besar sendiri. Cucu pon dah berderet. So this event nak merapatkan kembali sillaturahim between our big family. Honestly it was a good event sebab sejak family aku pindah Sabah, serious kitorang tak kenal sangat family jauh. Dengan ada nya event neh so berkenal la dengan sedara-mara. Bak kata org kalo berlaga bahu kat memane tau la itu sedara.. heheheheh

Back drop Dewan untuk Malam Karaoke!!!

Memula aku tak nak join sebab kena jadik pengapit best friend aku kawen tapi last minit kensel. So bile dah kensel aku decide nak join sebab bile lagi kan nak jumpa sedara-mara. Orang paling happy bile aku dapat join ialah Mak.. Sebab nak ramaikan family member lettew... Hihihihihi

So pagi Jumaat tuh bergerak la aku, Mak, Bak, Alang, and Angah. Unfortunately Along, Kak N and Akmal tak bleh join. So kitorang berlima jek la wakil dari Zaleha family (which is my mom). Kitorang sampai awal so pegi la lepak minom jap. Pastuh tapau putu bambu world buat makan reramai untuk our mini-pot-luck.

By afternoon, satu-satu family sampai. Register nama and dapat baju kitorg sume decide lepak makan kat tepi swimming pool. Setiap family bawak makanan untuk mini pot-luck. Pehhh sedap kot dapat makan ayam masak merah pokteh, pastuh achik plak buat karipap and kueh kacang kueh gendang kasturi favourite aku, ade kok yam, nugget, rendang, sandwich mak uda, and banyak lagi. Senang cite makan sampai tersandarrr...

After makan, dapat kunci bilik. Memasing ligat terus masuk bilik rest sebab around 4pm kitorang kena berkumpul balik kat padang untuk aktiviti sukaneka plak. Kene warm-up sket la nampak nya sebab tadi dah mentekedarah tak hengattt.. Hewhewhew Yang bestnya sume dapat baju hijau pokok pisang. Comel-chomel and boolat-boolat jek sume berdedai-dedai gerak ke arah padang.. Hahahahah

Sukaneka memang tiptop. Banyak acara untuk dewasa and kanak-kanak. Makan tembikai, isi air dalam botol, lari dalam guni, sambut belon, and banyak lagi la.. Tapi yang paling epic and havoc for sure maen tarik tali. Memasing dibahagikan beberapa kumpulan ikan (yang aku ingat jaws, jenahak, tongsan, yang laen lupe termasuk group aku). Ramai gak yang tercedera dalam game tuh, al-maklom la memasing heavy weight so kecederaan lutut adalah biase (nak promote sket, sila minom BBplus untuk lutut sehat dan kuat. Heheheh)

Neh pic during and after sukaneka. Maaf muke memasing agak berminyak dan berpeluh. Keletihan gamak nye..



Me, myself, and Mak photobomb :)

Family Wefie :)
Super love!!!



Me with the gentlemans


Me with the ladies

Abes sukaneka sume balik bilik bersiap untuk malam dinner. Malam dinner neh special sket sebab ada pertandingan karaoke and penyampaian hadiah untuk sukaneka. Bese la dinner ade ucapan, persembahan, makan, and the best part karaoke. Ramai gak ikut pertandingan tuh. Yang aku ingat, Kak Shikin, Nani, Pak Lang, Nor anak Pokteh, Mokteh, and yang paling rare is me father, Bak. The night champion. Sape sangka bak yang senyap camtuh bleh jadik juara karaoke. Rare kot.. Heheheheh congrats bak!!!

Selesai sume ade plak sesi group photo, after that memasing balik bilik tido sebab dah lewat sangat. Aku esoknya nak pegi Melaka plak, Ema & Ateng punya reception. Overall event family day neh memang best la sebab aku dapat kenal sape sedare-mare. Tau sejarah asal usul. Senang cite eratkan silaturrahim la. Hopefully ini akan jadik aktiviti tahunan family, dan di harap lagi 5 family anak-anak Hj Sulaiman & Hjh Salha boleh berkumpul (2014 5 family yang join, hopefully 2015 10 family pulak. InsyaAllah..)

Akhir kata, memasing dah tua, matang, bercucu so buang yang keruh ambil yang jernih. Ingat la kata pepatah air yang dicincang takkan putus. Hargai sedara-mara anda selagi mereka ada. Tak semesti yang tua betul dan muda salah. Perbaiki silaturrahim yang terbina agar tak hidup sebatang kara kelak. (peringatan untuk kita semua termasuk family aku jugak..). Mohon maaf kalo ade yang tertinggal or terkasar bahasa. Sekian. 
5 orang anak Hj Sulaiman & Hjh Salha yang join family day this year.
From left : Zaleha Sulaiman, Zulkifli Sulaiman, Abu Bakar Sulaiman, Mohd Ali Hanafiah Sulaiman, dan Eaishah Sulaiman.




 xoxo

No comments:

Post a Comment