Social Icons

Pages

Promotion!!!

Today tak nak cerita banyak, just nak share promo-promo yang tak berapa nak baru. Hahahah al-maklom la kan next week dah nak gaji. So nak kasik korang time nak bajet-bajet. Beli time promo memang boleh jimat lebih, so apa salahnye kan... Bikin jadik stock kata orang.. Hewhewhew 

Mai usha sket ape yang ade...


Buy 4box FREE 1box + LIMITED EDITION BBplus woven bag
Jimat sangat sebab save RM180!!


This one also berbaloi beli sebab dapat berkotak-kotak. Sesuai la untuk sesape nk try sebab boleh share bli nagn kengkawan :)

Latest color for COZUMA collagen lipstick. Before this ade 5 colours, now tambah lagi 3. Kaler mengancam.. Aummmmmm!!!!

CC cream promo. Skang tak maen la BB cream dah.. Orang sume dah pakai CC cream okeh... Kelasss ko jah...

Orait so far ini jek promo nak share. Memang berbaloi if korang grab. Sila buat bajet untuk pay day yang bakal menjelang tiba okeh. Tak rugi pon sebab boleh JIMAT banyak. Sesape berminat boleh PM directly kat +60128202980 or boleh visit page BBplus Beauty Expert untuk lebih info. Happy shopping yahh!!!

xoxo


Tahukah Anda???


Tahukah korang yang BBplus Collagen boleh membantu untuk menambah kesuburan lelaki dan kehamilan wanita?? Hah neh nak share sket la apa yang aku discover dari pembacaan tentang BBplus Collagen. Seperti yang korang tau, semua ingredients yang digunakan dalam BBplus neh memang thorbaekkk so kesan nya juga memang tiptop.. Meh kita baca sket cemane BBplus boleh membantu orang-orang diluar sana.


Sumber: Google

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin. Yang penting, anda perlu mengenali ciri-ciri kesuburan. Jika anda lelaki, perkara utama ialah mempunyai anggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.


Sumber : Google

Mempunyai salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal, seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal), anggota kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj perempuan, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.
Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua mililiter (ml). Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma. sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus. Anda perlu tahu profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya.

So macamana nak pekatkan air mani???? Ramai yang tak tahu bahawa collagen mampu membantu untuk memekatkan air mani. Dimana dah ramai pengguna BBplus lelaki yg mengakui bahawa apabila bersetubuh dengan pasangan, air mani lebih pekat dan banyak. Disamping itu juga, alat kelamin lelaki makin menegang dan tak sangka kualiti dalam hubungan ranjang lagi bagus sebelum amalkan kolagen BBplus...dah ade yg berjaya suami isteri yg amalkan BBplus ini berjaya dapat zuriat.



Sumber : Google

Ramai pasangan yg impikan zuriat serta mahukan kualiti semasa menjalinkan hubungan seksual. dimana pelbagai cara rawatan dan ubat-ubatan yg kadang kala kita langsung tak sedar dan tahu bahwa ianya memudaratkn untuk masa akan datang. sebagai ikhtiar kita guna macam2 ubat untuk dapatkan cahayamata, sampaikan risiko kepada suami dan isteri. Tetapi kini tidak lagi, dengan hanya minom BBplus Collagen, insyaALLAH, masalah kesuburan dapat kita ikhtiarkan. 


Sumber : Google

Disamping itu juga, untuk ibu mengandung boleh amalkan BBplus Collagen ni. BBplus Collagen bagus untuk perkembangan kulit dan tulang bayi.  InsyaAllah baby yang keluar nanti, sehat, comel, dan mempunyai kulit cantik hasil ibunya yang minom BBplus semase hamil. Kalo nak lebih efektif, lepas bersalin, ibunye teruskan minom collagen sewaktu tempoh menyusukan bayi.  Dengar kata, BBplus neh pon boleh membantu pengeluaran susu ibu. Dengan susu ibu,baby pon boleh dapat khasiat collagen tu. Kira ibu minom untuk diri sendiri dan baby la. 2in1 gittewww...

Secara kesimpulan nya, pengambilan BBplus Collagen adalah usaha yang mudah untuk sesape yang berhajat. Tak kira la yang nak anak, nak sehat, nak cantik, or sebagainya. Dengan harga yang berpatutan dan kesan yang heibat, tak salah untuk kita laburkan duit ke atasnya. InsyaAllah lepas usaha kita tawakkal. Usaha yang paling penting untuk kita dapatkan sesuatu dari-Nya.

xoxo

Azam bulan November

Hah gempak tak title??? Orang slalu azam bulan Januari, tapi aku rare sket azam bulan November. Heheheeh so target untuk bulan November neh ialah berjimat kekdahnya..
Aku buat memacam untuk jimat. Antaranya ialah berazam untuk dok umah every weekend. Al-maklom la aku kalo keluar memang tak sah kalo tak membeli. Kekadang tuh membeli yang bukan-bukan. Itu adalah pembaziran!!! Membazir tuh amalan syaitonnnirojimmmm... So aku dah insap dan kembali ke pangkal jalan...

Aktiviti weekend aku skang neh...

Lagi satu aktiviti a.k.a current obsession. Jalankan misi yang dah lame terbengkalai... Like,share, and comment la ye pkat page iollss BBplus Beauty Expert..

Lagi satu yang aku usahakan untuk berjimat ialah naek train pegi keje. Yang neh bukan effort aku sorang tapi bersama geng-geng carpool aku Ema and Hani. So kitorang sume dah start naek train bulan November neh. So far memang jimat sesangat cuma bazir mase dan tenaga sket la. As long as jimat duwet aku takde hal la. Hewhewhew mana tak nye, kalo naek kete g keje, minyak sehari dah RM15, parking RM10, tol plak dah RM4 tapi kalo naek train minyak seminggu RM15, parking sehari RM5 (itu pon ikut bape byk syiling masuk kat mesin), tambang naek train pegi balik RM4.40. Korang kira la jimat ke idokkkk..

Semoga azam ini berkekalan. Jangan hangat-hangat taik hidung jek.. Hihihihih lepas tuh mintak di jauhkan dari shopping online. Sejak tak kluar weekend neh, mata sebok dok jenguk online shop. Hewhewhew 

Wish me luck yah.. Roger and out.. Nak pikir azam bulan December sat.. Tak lame jek lagi neh.. See ya!!!

xoxo



How to drink BBplus - Kak Salha style :)

Hah ramai yang tak sure cemane nak minom BBplus neh. Sebenarnya ia bergantung pada citarasa memasing. Tapi jangan plak ada yang bancuh BBplus neh pakai air panas. Sebab BBplus tak bleh bancuh pakai air panas mendidih sebab nanti khasiat yang ada dlm collagen neh mati. 

So here i present you the way my super TLC mentor Kak Salha style to drink BBplus. aku pon minom style neh gak, cuma aku minom 1 sachet jek. Sebab siang aku minom Mineral Coffee. Tahukah korang yang korang tak boleh minom Mineral Coffee and BBplus dalam masa yang same. At least kene jarak kan dalam 4jam gittewww. Sebab nanti khasiat collagen tuh tak bleh bertindak balas.

Tak mo cite banyak, meh kita layan video tutorial how to make and drink your BBplus.. Gittew kekdahnye... siap ade tutorial kau... Hewhewhew




xoxo



Bio Seleza Feminine Pads


Barang yang tak berapa nak baru tapi aku baru nak perkenalkan kat orang-orang diluar sane. Heheheeh Before neh langsung tak tau pon Hai-O ada jual pad.. Memula aku macam likeee whattttt??? Tapi lepas try terus jatuh chenta gittewww... Pada sesape yang nak tau lebih lanjut pasal Bio Seleza Feminine Pad neh, bebawak la bace kat bawah.. Hewhewhew

KELEBIHAN BIO SELEZA 

  1. Guna gel so tahan basah dan kering
  2. Ada anti bakteria strip utk menghalang pembiakan kuman
  3. Kain berkualiti dan bernafas utk pengudaraan, tak lembap
  4. Ditambah dgn tenaga BIO VELOCITY utk pengedaran darah, bantu detox, hilang stress, melambatkan penuaan
  5. Menghilangkan senggugut, keputihan, menyuburkan dan mewangikan miss V anda
  6. Super duper selesa. Slim, tak tebal sgt dan tak besar sgt.






BIO SELEZA SESUAI UNTUK :

  1. Semua golongan wanita untuk kegunaan semasa haid & pantiliner untuk kegunaan harian
  2. Ibu mengandung : memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, ‘kencing kotor’ & terkencing semasa batuk/bersin
  3. Lelaki : membantu masalah angin pasang, buasir, memelihara “kelelakian” & pelbagai lagi fungsi lain melalui tenaga Bio Velocity & FIR


KEGUNAAN LAIN :

  1. Letakkan di dalam kasut (utk keseimbangan badan, tenaga harian, nyahbau)
  2. ’kool fever’ semasa demam
  3. tampal dalam anak tudung utk kesegaran & masalah migrain
  4. koyok utk melegakan kesakitan sementara spt sakit gigi

APA KATA MEREKA?


" Saya dah pakai Bio Seleza ni. mmg sangat selesa, sebab dia nipis dan bila tido malam tak bocor. rasa kering dan tido lasak pon xpe. klau pad biasa tu tido pon kene jaga2 dan tido ayam je. hehe. mmg best lah bio seleza ni " - sal, seremban

" 1-2 hari saya pakai Bio Seleza ni, darah keluar ketul2 dan heavy flow sgt.tapi x bocor. pastu rasa sakit pinggang tapi saya pakai jugak. dan hari ke-5 dah bersih. slalu nya amik masa smpai 7 hari. after period check dgn doctor , yeayy cyst saya dah takde lah.syukur sangat2" - anis, kl

"yang paling bestnya bila saya pakai Bio Seleza, saya tak perlu nak tukar2 pad dlm 1 hari tu. jimat sangat. tau x slalunya klau time period before ni, mau 3-4 keping jugak satu hari. tp Bio Seleza 1-2 keping je dah okey.jimat gila " - wani, Melaka


Orait untuk pengenalan cukup la penerangan neh.. heheheh later aku explain lagi panjang lebar. Sebab banyak nak share pasal pad Bio Seleza neh. Dan pada sesape yang sangat pentingkan kesihatan dan keselesaan elok la cuba pad neh. Dijamin berpuas hati. Toksah nak memalu pm/whatsapp/wechat/telegram jek okeh...

xoxo



#throwback Family Day

Today nak throwback sikit aktiviti aku last October. Family Day untuk Keluarga Hj Sulaiman & Hjh Salha neh di 'organise' oleh kazen aku Kak Shikin. Was held on 24th Oct - 25th oct 2014 kat PD Golf & Country Club. Family Day neh di 'organise' untuk mengumpulkan anak-anak Hj Sulaiman & Hjh Salha yang dah lama tak berkumpul. Maklom la memasing dah ada keluarga besar sendiri. Cucu pon dah berderet. So this event nak merapatkan kembali sillaturahim between our big family. Honestly it was a good event sebab sejak family aku pindah Sabah, serious kitorang tak kenal sangat family jauh. Dengan ada nya event neh so berkenal la dengan sedara-mara. Bak kata org kalo berlaga bahu kat memane tau la itu sedara.. heheheheh

Back drop Dewan untuk Malam Karaoke!!!

Memula aku tak nak join sebab kena jadik pengapit best friend aku kawen tapi last minit kensel. So bile dah kensel aku decide nak join sebab bile lagi kan nak jumpa sedara-mara. Orang paling happy bile aku dapat join ialah Mak.. Sebab nak ramaikan family member lettew... Hihihihihi

So pagi Jumaat tuh bergerak la aku, Mak, Bak, Alang, and Angah. Unfortunately Along, Kak N and Akmal tak bleh join. So kitorang berlima jek la wakil dari Zaleha family (which is my mom). Kitorang sampai awal so pegi la lepak minom jap. Pastuh tapau putu bambu world buat makan reramai untuk our mini-pot-luck.

By afternoon, satu-satu family sampai. Register nama and dapat baju kitorg sume decide lepak makan kat tepi swimming pool. Setiap family bawak makanan untuk mini pot-luck. Pehhh sedap kot dapat makan ayam masak merah pokteh, pastuh achik plak buat karipap and kueh kacang kueh gendang kasturi favourite aku, ade kok yam, nugget, rendang, sandwich mak uda, and banyak lagi. Senang cite makan sampai tersandarrr...

After makan, dapat kunci bilik. Memasing ligat terus masuk bilik rest sebab around 4pm kitorang kena berkumpul balik kat padang untuk aktiviti sukaneka plak. Kene warm-up sket la nampak nya sebab tadi dah mentekedarah tak hengattt.. Hewhewhew Yang bestnya sume dapat baju hijau pokok pisang. Comel-chomel and boolat-boolat jek sume berdedai-dedai gerak ke arah padang.. Hahahahah

Sukaneka memang tiptop. Banyak acara untuk dewasa and kanak-kanak. Makan tembikai, isi air dalam botol, lari dalam guni, sambut belon, and banyak lagi la.. Tapi yang paling epic and havoc for sure maen tarik tali. Memasing dibahagikan beberapa kumpulan ikan (yang aku ingat jaws, jenahak, tongsan, yang laen lupe termasuk group aku). Ramai gak yang tercedera dalam game tuh, al-maklom la memasing heavy weight so kecederaan lutut adalah biase (nak promote sket, sila minom BBplus untuk lutut sehat dan kuat. Heheheh)

Neh pic during and after sukaneka. Maaf muke memasing agak berminyak dan berpeluh. Keletihan gamak nye..



Me, myself, and Mak photobomb :)

Family Wefie :)
Super love!!!



Me with the gentlemans


Me with the ladies

Abes sukaneka sume balik bilik bersiap untuk malam dinner. Malam dinner neh special sket sebab ada pertandingan karaoke and penyampaian hadiah untuk sukaneka. Bese la dinner ade ucapan, persembahan, makan, and the best part karaoke. Ramai gak ikut pertandingan tuh. Yang aku ingat, Kak Shikin, Nani, Pak Lang, Nor anak Pokteh, Mokteh, and yang paling rare is me father, Bak. The night champion. Sape sangka bak yang senyap camtuh bleh jadik juara karaoke. Rare kot.. Heheheheh congrats bak!!!

Selesai sume ade plak sesi group photo, after that memasing balik bilik tido sebab dah lewat sangat. Aku esoknya nak pegi Melaka plak, Ema & Ateng punya reception. Overall event family day neh memang best la sebab aku dapat kenal sape sedare-mare. Tau sejarah asal usul. Senang cite eratkan silaturrahim la. Hopefully ini akan jadik aktiviti tahunan family, dan di harap lagi 5 family anak-anak Hj Sulaiman & Hjh Salha boleh berkumpul (2014 5 family yang join, hopefully 2015 10 family pulak. InsyaAllah..)

Akhir kata, memasing dah tua, matang, bercucu so buang yang keruh ambil yang jernih. Ingat la kata pepatah air yang dicincang takkan putus. Hargai sedara-mara anda selagi mereka ada. Tak semesti yang tua betul dan muda salah. Perbaiki silaturrahim yang terbina agar tak hidup sebatang kara kelak. (peringatan untuk kita semua termasuk family aku jugak..). Mohon maaf kalo ade yang tertinggal or terkasar bahasa. Sekian. 
5 orang anak Hj Sulaiman & Hjh Salha yang join family day this year.
From left : Zaleha Sulaiman, Zulkifli Sulaiman, Abu Bakar Sulaiman, Mohd Ali Hanafiah Sulaiman, dan Eaishah Sulaiman.




 xoxo

Akhirnya Kembali.....

Okeh bile aku baca balk title post neh agar seram... Hahahah ape yang akhirnye kembali??? Kembali hidup or kembali ke rahmahtullah??? Nauzubillahh.. Alhamdulillah masih dapat aku bernafas sehingga ke hari neh.. Bukan nak cite pasal hidup mati tapi nak cite pasal kembali nya aku berblog... Wahhh gitu kekdahnye...

Memang tak dinafikan yang aku lama menyepi.. Bukan ape, sebelum neh berlaku keadaan yang tak mengizinkan. So aku senyap jap.. Insyaallah kali neh aku kembali buat selamanye... harapan nye begitulah... Korang doa kan la ye...

Okeh aku rase untuk pengenalan aku kembali neh tak yah la panjang lebau.. cukup nk inform that I'm back for good.. Nantikan plak ape aku nak tulis pasneh and ade surprise promo untuk korang.. Teeheee :) :) :)

xoxo,
Pza

4 hari di Batu Pahat

Itu adalah sebab kenapa aku menyepi. Hahahahah aku gerak ke Batu Pahat hari Jumaat lepas. Aku siyap amek UPL kooo... Al-maklom la cuti ahkak dah abes walaupon belom abes tahun... Hihihih tujuan utama ke Batu Pahat sebab nak attend wedding Fadlo and Aween. Tapi sambil menyelam minom air skalik la, alang-alang Along and Kak N aku tengah bercuti kat Batu Pahat so aku decide nak spend time ke sana..

Hari Jumaat tuh, seawal kul 6 aku dah bangun. Bukan ape kan weekdays so alarm aku memang bunyik awal. Hehehehe so pagi tuh lepas siyap aku tros start enjin ke workshop untuk service (kan nak jalan jauh..) Tapi malang nya workshop tak bukak lagi.. Menunggu la aku sampai bukak.. Lepas service aku ke carwash plak.. Keta dah bekeladak wa cakap lu.. So amek peluang cuti untuk mandi kan dia sebelum bergerak ke Batu Pahat... Yiehahahahha

Service la dulu before jalan jauh... Untuk keselamatan katanyeee...

Mandikan dulu baru semangat nak drive jejauh...
So setelah semuanya selesai bergerak la aku seorang ke Batu Pahat. Memula tuh janji nak konvoi ngan Ema and Ateng, malangnya dorang gerak lambat. Thats why aku decide gerak dulu sensorang. Aku neh jenis malas nak drive tetengah hari.. Panasss woiii... Gerak dalam kul 10lebey and by pukul 1lebey aku dah selamat sampai Batu Pahat.. Alhamdulillah...

Sampai tros ke umah Cik Anjang kat Taman Bukit Perdana. Best wokkk kalo kat umah Cik Anjang a.k.a Mak Kak N (Kakak ipar aku).. Makanan memang superb!! Tak penah lapar okeh dok sini. Aku rase kalo aku dok hari-hari memang boleh obesiti... Hahahahha 

Sabtu ialah hari kenduri kawen Fadlo and Aween. Majlis dorang berlangsung kat Dewan Jubli Intan Batu Pahat... Meriah sangat.. Aku sampai lambat sebab tuggu kengkawan yang gerak dari Melaka. Sampai-sampai jek pengantin dah kat meja makan beradap... So tanpa buang masa kitorang carik meja.. Kebetulan plak kakak Aween nampak kitorang melilau carik meja nak duduk, then dia offer dok kat meja VIP... Wahhh kelassss ko jah dok meja VIP.. Hahahahah maka duduk la kitorang kat meja tuh dan melantak tanpa segan silu... Makanan memang sodap to da maxxxxx.... Sedap gila babs ayam masak merah.. Nasik beriani tuh kalo makan nasik saja dah ok.. Super duper sedap... Aku kasik 10 bintang... Hihihihih

Lepas makan bermula la sesi bergambar secara berkumpulan.. Korang layan la pic-pic yang nan-adooo neh..Hahahahah aku tak amek pic dari enpon sendiri sebab segan.. camera orang laen cecangih ya amat so kita mintak dari dorang jek la...


Pic freestyle..

Strictly ladies ONLY.. Hahahahah

BFF :)
Lepas majlis neh aku teros gerak ke JPO ngan Kak N and Along. Sesaje cuci mata.. Huhuhuh sampai Batu Pahat balik kat kul 10lebey.. Mandi, minom BBplus, tros tdo ngan tilam kuat a.k.a BVSM aku. Bukan ape, powercombo neh memang dipercayai boleh recharge balik energy.. Sebab esok nya aku nak balik kampung plak jenguk atok aku.. So hari ahad tuh bergerak la aku, Along, and Kak N ke Parit Kemang, Senggarang nak jenguk atok.. Kitorang tapau Dominos as buah tangan. Along and Kak N banje.. hihih sampai jek disambut oleh Cik Li and anak-anak dia.. Happy dorang sebab kitorang baru tau yang memang Cik Li tengah mengidam makan pizza. Dok lepak sembang-sembang ngan atok and family Cik Li. Kebetulan bini Cik Li, Cik Ayu masak nasik lemak ayam rempah plak.. Melantak lagi kitorang...Pehhh memang kenyang ya amat..

Petang sket kitorang beransur pulang ke Bukit Perdana balik.. Katanyeee perut kenyang, tetapi aktiviti makan tak terhenti di situ bila kitorang continue melantak cendol, rojak and pisang goreng plak.. Hahahahah dasarrrrr..... Wahhhhh memang makan jek la keje aku kat Batu Pahat neh... Tak tau la bape berat badan yang berjaya di naekkan... HIhihihihih 

Signboard keramatt... Hahahaha bukan slalu dapat balik kampung woiiii...


Setelah melantak tak hengat dunia, Isnin tuh aku bersedia untuk pulang ke pangkal jalan.. Back to my boring  normal life... Happy weh dapat balik kampung and spend time ngan family... Huhuhuh time nak balik rase sedey plak... Tapi nak wat cemane... Tuntutan kerja kan.. Kalo ikut hati memang nak cuti jek la and spend time kat kampung, tapi apakan daya... Now i'm looking forward to go back to KK plak.. Spend time ngan dorang kat umah, makan sedap-sedap, jumpa kengkawan lama, and bla bla bla... Korang doakan tiket ketebang murah-murah okeh so that aku bleh balik KK... Till then adios amigosss!!!!

I Marine Essence Treatment Shampoo I

FIrst of all nak say sorry kat korang sebab menyepi 2 3 hari neh. aku balik kampung jap. Kebetulan ade wedding member kat Batu Pahat so sambil menyelam aku minom air balik kampung skalik.. Heheheh harap korang maaf kan la yek..

Today nak continue sambung pasal produk Marine Essence neh. Ari tuh dah share abaout Marine Essence Bar and Body Wash, now nk share plak pasal Treatment Shampoo Marine Essence. Shampoo neh so far adalah shampoo TERBAEKKK aku penah cuba. Sebab dia umpama shampoo all in one. Slalu shampoo kat pasaran sekadar 2 in 1, tak pon paling banyak 3 in 1, tuh pon susah carik. Tapi kali neh aku nak cerita pasal all in one shampoo.

Ini la rupa Marine Essence Treatment Shampoo


Korang mesti tertanya-tanya pasal apa ingredients heibat dalam shampoo neh kan, so korang boleh baca kat bawah neh all about the ingredients:

Ingredients

So pada sesiapa yang ada masalah kelemumur, kulit kepala gata-gatal, rambut gugur, rambut kering,rambut rosak sbb selalu diwarnakan, korang memang patut cuba Marine Essence Treatment Shampoo neh. Coz ingredients utama dia ialah Bamboo Salt (Garam Buluh) yang memang terbukti boleh memberi rasa segar pada kulit kepala disamping menghilangkan masalah-masalah rambut yang kronik! 

Shampoo neh boleh dipakai oleh perempuan, lelaki dan juga kanak-kanak. Sangat selamat sebab tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti SLS( Sodium Lauryl Sulfate) dan paraben (paraben ni boleh menyebabkan kanser tau!) So damn SCARYYYY!!!

Treatment shampoo neh memberi kebaikan menyeluruh pada semua ahli kelauarga. Ye la selalu nya kalo kat umah shampoo dalam bilik air ade berbotol-botol. Setiap ahli keluarga kita pakai shampoo berlainan mengikut keperluan dan preference memasing. Kang si bapak dengan shampoo lebat rambut, mak pulak dengan shampoo dari bahan semulajadi, laen pulak dengan si kakak yang terpengaruh dengan iklan tv, sebok memilih shampoo yang seswai ngan rambut berkaler, dan last but not least is si adek yang nak pakai shampoo yang tak pedihkan mata.... Heheheh tengokk!!! Mana tak berbotol-botol.. So dengan Treatment Shampoo Marine Essence neh kerja menjadi mudah.. Jimat pon jimat sebab beli sebotol seisi keluarga boleh pakai.. Senang kan???

Kenapa shampoo neh memberi kebaekan pada seisi keluarga?? Sila baca..

Untuk treatment shampoo yang berbaloi-baloi apa kata cuba Marine Essence Treatment Shampoo neh. MUDAH, JIMAT, dan BERKESAN. Ia TERBUKTI... Untuk rambut LEBAT, WANGI, dan SEHAT PM/WA 012-8202980 (PZA)


Owhh pada sesiapa yang nak grab promo MARINE ESSENCE SET FOR RM189/SET (FREE POSTAGE), ITS STILL AVAILABLE UNTIL 31/12/2013. 

SET BILIK MANDI MARINE ESSENCE:
2 BOTTLES OF ME BODYWASH
2 BOTTLES OF ME TREATMENT SHAMPOO
3 BOX OF ME TOOTHPASTE
FREE 1 TOILETRIES BAG