Garam Buluh ini ialah garam yang dijemur di bawah cahaya matahari berorganik dan 100% semulajadi. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.
| Perbezaan antara garam biasa dan garam buluh |
Garam Buluh telah menjalani proses pembakaran sebanyak 9 kali untuk mendapatkan garam yang bermutu & kaya dengan mineral semulajadi. Mineral semulajadi neh la yang sangat baek untuk badan kita. Hah kat bawah neh aku list kan penyakit ape yang boleh dirawat menggunakan garam buluh. Insyaallah dengan izin-Nya..
| Hebat! Banyak penyakit dapat disembuhkan dengan pengambilan garam buluh. Insyaallah dengan usaha dan doa, segala penyakit boleh sembuh.. |
Kalo nak cerita pasal garam buluh neh memang tak habis sehari semalam, sebab memang dah terbukti keberkesanannya. Lagi pon sekarang produk garam buluh dah glamor di pasaran. Orang-orang kita pon dah mula sedar tentang eloknya garam buluh neh. Di sebab kan kepercayaan dan keberkesanan garam buluh, banyak produk di pasaran pon menggunakan garam buluh. Bukan sahaja garam buluh di ganti dengan garam biasa, tapi garam buluh juga digunakan pada bahan laen.
Tengok jek pic kat bawah neh kita boleh nampak yang produk garam buluh neh dah di pelbagaikan. Dari yang makan, yang minom, mandi, dan yang paling best skalik is tido. Heheheh heibat tak??? Korang mesti tak pernah bayang kan kehebatan garam buluh neh kan. Semua boleh buat...
| 1. Sabun Ketiak Marine Essence 2. Mineral coffee 3. Garam buluh untuk masakan 4. Bio Velocity Sleep Mate 5. Shampoo, Body wash, and ubat gigi garam buluh 6. Garam buluh minom |
Orait skang neh korang sume dah tau pasal GARAM BULUH, at least bertambah gak ilmu korang kan. Heheheh so next entry aku akan share lagi pasal satu-satu produk, apa ingredients dan kebaikan nya So stay tune okeh. Untuk keterangan lanjut tentang garam buluh dan kesihatan yang optimum korang boleh contact email, fb, twitter, insta or whatsapp no kat bawah ni. Sampai ke temu lagi...

